Bintang Galatasaray Tumbuk Rakan Sepasukan

- Advertisement -

GIRESUN, Turki: Bintang Galatasaray, Marcao berdepan penggantungan sebanyak 10 perlawanan selepas bergaduh dengan rakan sepasukannya ketika menang 2-0 ke atas Giresunspor.

Pertahanan Brazil itu menanduk Kerem Akturkoglu dan kemudiannya menumbuk pemain sayap itu.

Insiden terbabit tercetus pada minit ke-61 ketika Galatasaray selaku pasukan pelawat sudah pun mendahului 2-0 hasil jaringan Mbaye Diagne dan Alexandru Cicaldau.

Akturkoglu dan Marcao kelihatan tidak bersetuju sesama sendiri sebelum Marcao menanduk rakan sepasukannya. Akturkoglu menolak Marcao selepas menerima tumbukan kedua sebelum mereka ditenangkan oleh pemain Galatasaray.

Selepas penilaian semula dengan video bantuan pengadil (VAR), Marcao diperintahkan keluar padang dan Akturkoglu terlepas daripada sebarang hukuman. Meskipun Galatasaray menang dengan 10 pemain namun Marcao kini berdepan penggantungan untuk jangka masa panjang.

Persatuan Bolasepak Turki difahamkan menganggap insiden itu sebagai ‘serangan’, yang menyaksikan pemain boleh digantung antara lima sehingga 10 perlawanan.

– AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat