Ambil Langkah Tegas Turunkan Kluster Tempat Kerja – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Penekanan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja, pemantapan vaksinasi dalam kalangan pekerja serta penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil untuk menurunkan kluster di tempat kerja yang menjadi kluster terbanyak sejak gelombang ketiga pandemik.

Sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga bermula 28 Mac (minggu epidemiologi ke-13) sehingga kini, sebanyak 1,549 kluster tempat kerja direkodkan atau 53.2 peratus daripada keseluruhan 2,913 kluster yang dilaporkan sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan sebanyak 133,247 kes positif Covid-19 serta 32 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala, 370 kes kematian dilaporkan.

“Sebanyak 764 kluster tempat kerja itu masih aktif dan di bawah pemantauan wabak dan negeri yang melaporkan kluster tempat kerja tertinggi adalah Selangor (414 kluster), Johor (322 kluster) dan Kuala Lumpur (149 kluster),” katanya.

“Tiga sub-kluster tempat kerja tertinggi dilaporkan dalam tempoh tersebut melibatkan sektor pengilangan (780 kluster), sektor perkhidmatan (260 kluster) dan sektor pembinaan (181 kluster),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Berhubung kluster komuniti, katanya, sebanyak 880 kluster komuniti dengan melibatkan 58,776 kes positif Covid-19 di mana 14 kes masih sedang mendapatkan rawatan di ICU, 417 kes kematian dan sebanyak 439 kluster masih aktif.

“Negeri yang melaporkan kluster komuniti tertinggi adalah Kelantan (239 kluster; 27.2 peratus), Sarawak (171 kluster; 19.4 peratus) dan Sabah (94 kluster; 10.7 peratus),” katanya.

Tambah beliau, kluster komuniti ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti ativiti ziarah menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman (481 kluster), komuniti di rumah panjang (44 kluster) dan majlis sambutan perayaan (55 kluster). – Kosmo

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat