JOHOR — Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail telah berkenan mengunjungi pusat penyelidikan dan pembuatan HID Global Malaysia baru-baru ini.
Pengarah Perniagaan Wilayah APAC- FARGO, Wei Jin Lee berkata pihaknya menghargai kehadiran dan sokongan YAM Tunku Tun Aminah yang memberi inspirasi kepada seluruh pekerja.
“Kami menghargai masa yang diluangkan oleh YAM Tunku Tun Aminah, bertemu dengan pekerja-pekerja dan turut mengambil tahu mengenai operasi.
“Saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian Yang Amat Mulia untuk mengunjungi kilang kami.
“Kunjungan Yang Amat Mulia bukan sahaja meningkatkan semangat pekerja-pekerja kami tetapi juga menegaskan kepentingan industri kami.
“Kami amat berbangga dengan minat dan dorongan yang diberikan oleh Yang Amat Mulia,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, kilang HID Global yang meliputi kawasan 200,000 kaki persegi telah siap dibina pada tahun 2005.
HID memperkasakan identiti yang dipercayai bagi masyarakat dan tempat di seluruh dunia dengan lebih 100 negara menggunakan produk dan perkhidmatan HID untuk mengakses tempat fizikal dan digital setiap hari secara selamat.
Dengan pelaburan tambahan hampir $10 juta USD sejak tahun 2021, HID telah menambah ruang pengeluaran, peralatan, jalan raya neutral karbon (panel solar), dan kemahiran.
Kilang berautomasi tinggi ini mempunyai lebih 800 kakitangan dan lebih 600 mesin perakitan robotik serta Sistem MES yang canggih, sejajar dengan aspirasi Industri 4.0 kerajaan Malaysia.
Pelaburan dan komitmen HID di Johor telah memberikan hasil yang memberangsangkan, menyumbang kepada purata jualan eksport RM 300 – 400 juta setiap tahun.
HID menawarkan pelbagai produk kepada kerajaan, universiti, hospital, institusi kewangan dan syarikat-syarikat yang paling inovatif dunia, membantu mereka mencipta persekitaran fizikal dan digital yang boleh dipercayai agar mereka dan para pengguna dapat mencapai potensi mereka.
HID menghasilkan penyampaian identiti warganegara yang selamat, personalisasi kad dan penyelesaian identiti bermula dari proses pendaftaran hingga penerbitan untuk kad pengenalan dan passport fizikal yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada lebih daripada 50 negara di seluruh dunia.
Ibu pejabat HID bertempat di Austin, Texas dan mempunyai lebih daripada 5,000 pekerja di seluruh dunia dan mengendalikan pejabat antarabangsa yang membantu operasi lebih 100 negara.
Pelan pembangunan HID juga merangkumi pelaburan sebanyak jutaan dollar dalam tahun- tahun mendatang menunjukkan keyakinan mereka terhadap potensi dan keupayaan Johor untuk menyokong perniagaan HID dan ASSA ABLOY.