SPRM Buka Kertas Siasatan Kes Perlombongan Nadir Bumi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang menteri besar dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE).

Sumber berkata, kegiatan itu dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Katanya, isu perlombongan haram dan kerugian hasil bumi ini telah diadukan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Anti-Sanusi (GAS) pada bulan Mac 2023 lalu.

“Turut membuat aduan adalah penduduk di kawasan Bukit Enggang, Sik yang mana kerja-kerja perlombongan haram dikatakan dibuat secara besar-besaran sebelum ditumpaskan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, pada Januari 2023, UMNO Kedah juga pernah mengesa SPRM untuk menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan sama ada terdapat campur tangan politik dalam isu kecurian REE yang mendatangkan kerugian besar kepada negara.

Dalam pada itu, baru-baru ini, beberapa orang individu pula telah tampil dan membuat aduan rasmi kepada SPRM bagi menyiasat isu salah guna kuasa dan rasuah melibatkan seorang menteri besar.

Ia susulan satu surat tular didakwa berkaitan permohonan kuota pekerja asing kepada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya bagi projek usaha sama antara Kerajaan Negeri dengan sebuah syarikat tempatan dan syarikat dari China.

Tambah sumber, difahamkan SPRM Kedah pernah membuka kertas siasatan berhubung isu perlombongan haram REE ini pada awal 2023 dan dikatakan telah memanggil beberapa saksi namun tidak diketahui perkembangan siasatan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beberapa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

“Ini termasuk kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM Kedah pada Mac 2023 lalu. Namun beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah SPRM akan memanggil Menteri Besar terbabit dalam masa terdekat,” katanya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat