Peniaga Naikkan Harga LPG, Alasan Penyasaran Subsidi Diesel

- Advertisement -

PUTRAJAYA, 18 JUN 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil maklum berhubung sebuah video yang tular berkaitan penjualan gas petroleum cecair (LPG) melebihi harga kawalan yang telah ditetapkan Kerajaan.

Hasil siasatan awal ke atas video itu, pihak KPDN telah berjaya mengenalpasti alamat premis dan lokasi lori yang telah membuat penghantaran LPG tersebut iaitu di Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor.

Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya telah melakukan siasatan, bermula kira-kira jam 4.00 petang pada 15 Jun 2024. Pasukan serbuan telah bertindak melakukan uji beli ke atas LPG yang dijual oleh syarikat terbabit bagi mengenalpasti harga jualan sebenar LPG itu.

Hasil daripada uji beli yang telah dilakukan mendapati, LPG berkapasiti 14kg telah dijual pada harga jualan RM34.00/tong berbanding harga kawalan yang telah ditetapkan Kerajaan iaitu RM26.60/tong bagi LPG berkapasiti 14kg. Alasan yang diberikan oleh peniaga terbabit menjual melebihi harga kawalan adalah susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh Kerajaan bermula 10 Jun 2024.

Pasukan serbuan telah bertindak, dengan melakukan sitaan ke atas LPG terbabit selain beberapa dokumen perniagaan lain bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta

723] kerana menjual barang kawalan berjadual iaitu LPG 14kg melebihi harga kawalan.

KPDN telah melaksanakan OPS KESAN 2.0 bagi menghadapi sebarang impak berikutan penyasaran subsidi diesel bagi memastikan tiada elemen pencatutan berlaku dan mematuhi sepenuhnya perundangan di bawah

Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Berdasarkan statistik OPS KESAN 2.0 bermula 20 Mei 2024 sehingga 17

Jun 2024 sebanyak 993 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 209 Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] telah dikeluarkan kepada peniaga di seluruh negara.

KPDN ingin memberikan amaran bahawa mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga dan caj perkhidmatan akan dikenakan tindakan yang tegas terutamanya di bawah

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 bagi perbadanan/syarikat manakala sehingga RM100,000.00 bagi individu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Tindakan pantas dapat diambil oleh KPDNke atas mana-mana aduan yang tular di media sosial sekiranya pengguna dapat menyalurkan maklumat yang lengkap dan segera kepada pihak Kementerian melalui saluran aduan khas di talian 012-6654292.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat