Malaysia Sedia Laksana Rangkaian 5G Kedua – Menteri Komunikasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Malaysia kekal komited laksanakan dasar model dwi rangkaian 5G, kata Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi .

“Syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model dwi rangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.”

“Sejurus selepas itu, proses mengenal pasti syarikat telekomunikasi yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula,” tambah Menteri tersebut menerusi hantaran Facebook rasmi beliau selepas  menerima kunjungan hormat Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong petang tadi.

 

Fahmi turut berkata dalam pertemuan lebih 40 minit itu mereka membincangkan banyak perkara berkaitan isu telekomunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua.

“proses membangunkan rangkaian kedua ini hanya akan dibuka kepada syarikat telekomunikasi yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) dalam DNB.”

Beliau menambah pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah memutuskan dasar dwi rangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dalam negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat