Konsert Jiwa Kacau 2023 pada sabtu lepas telah berjaya memberikan persembahan bertenaga dan mantap yang mengikut genre kumpulan masing masing dan membuatkan 7000 penonton yang hadir kagum dengan persembahan persembahan pada malam itu.
konsert yang berlangsung di Stadium tertutup Malawati Shah Alam itu adalah kolaborasi empat kumpulan terbaik muzik tempatan iaitu Hujan, Kugiran Masdo, Bunkface dan Insomniacks.
konsert ini telah dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd, Penganjuran Konsert Jiwa Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan.
“Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai line-up adalah lambang apresiasi kami terhadap femonena yang dicetuskan kugiran ini dalam genre masing-masing. Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik lokal kerana kualiti yang ada pada mereka.”
kumpulan Insomniacks telah membuka persembahan dengan 6 buah lagu iaitu LANGGAR, HERE AGAIN, IGAUAN MALAM, REMINISENSI, SEMPURNA dan PULANG.
Manakala kumpulan Kugiran Masdo telah mempersembahkan 8 buah lagu JANJI MANIS,
MISS FLOWER, TERUNADARA, INILAH JALANNYA, DINDA, BUNGA, MPRNR dan BERCANDA DI MALAM INDAH.
Kumpulan Bunkface juga telah mempersembahkan 8 buah lagi iaitu BUNK ANTHEM, MALAM INI KITA PUNYA, EKSTRAVAGANZA, RENTAK LAGUKU, DARAH MUDA, PANIK, SITUASI dan REVOLUSI.
Persembahan terakhir daripada kumpulan Hujan yang telah menyanyikan 9 buah lagu iaitu OBSESI, MENCARI KONKLUSI, DUGAANNYA, PERINDU KALBU, JIWA KELAJUAN, AHMOI CHANTEK, LONELY SOLDIER BOY, EMPAYARMU dan akhir sekali AKU SCANDAL.
Semua Kumpulan muzik tersebut telah mendapat reaksi yang hebat daripada penonton yang hadir dan ramai penonton yang kagum dengan persembahan Konsert JIwa Kacau tersebut walaupun genre yang berbeza sehingga mengacau jiwa raga mereka yang hadir.