Tujuh dekad, Seniman Dr. Chew Teng Beng abdikan diri dengan dunia seni

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Soka Gakkai Malaysia (SGM) dengan kerjasama Balai Seni Negara dan Kedutaan Tinggi Australia berkolaborasi meluncurkan Katalog Seni ‘A Retrospective: Chew Teng Beng – Life, Art and Writings‘ di sini pada Jumaat.

Balai Seni Negara dalam kenyataannya memaklumkan katalog ini memaparkan kerjaya cemerlang Dr. Chew Teng Beng sebagai seorang seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni melalui pelbagai medium termasuk cat air, lukisan minyak, cetakan dan seni abstrak.

Turut dipaparkan karya-karya terpilih yang diambil sepanjang karier seninya selama tujuh dekad dan dimuatkan kehidupan serta pencapaiannya yang ditulis oleh penulis seni veteran yang berpengalaman iaitu Ooi Kok Chuen.

Figura berusia 86 tahun ini dilahirkan di Terengganu pada 1938 telah mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana memperkenalkan kertas buatan tangan sebagai bentuk seni kontemporari pada penghujung tahun 1970-an.

Ujarnya, pada 1978 kerajaan Australia telah mengiktiraf Chew Teng Beng sebagai inovator asal dengan menganugerahkannya ‘Australian Government’s Cultural Award’ dan menjadikan beliau sebagai penerima yang pertama dari Malaysia.

“Penerbitan katalog ini dapat memberi inspirasi kepada komuniti seni tempatan dan antarabangsa seterusnya mengembangkan ekosistem seni di Malaysia.

Peluncuran katalog ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, PYT Danielle Heinecke, ”ujar kenyataan itu lagi.

Turut hadir, Presiden SGM Michael Kok Fook On; Pengarah SGM, Koh Sia Feai dan Pengarah Bahagian Media & Pembangunan Seni, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) , Rohana Mohd Yusof.

Peminat seni dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pameran anjuran Balai Seni Negara, ikuti media sosial rasminya atau layari laman sesawang www.artgallery.gov.my. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat