Langkah Berani PM Mansuh Permit Import Makanan, Diyakini Atasi Isu Sorok dan Monopoli- Hisamudin

- Advertisement -

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil langkah yang berani memansuhkan permit import (AP) makanan.

Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, tindakan itu juga satu keputusan yang tepat bagi menangani monopoli.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah berani mengambil keputusan tepat memansuhkan AP makanan.

“Saya bersyukur cadangan yang dibangkitkan dalam ucapan penggulungan di Dewan Negara 15 Disember lalu akhirnya telah diterima pakai oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hisamudin berkata, beliau yakin tanpa AP akan dapat menyelesaikan isu kekurangan bekalan, penyorokan dan lonjakan harga bahan mentah di pasaran.

“Ini sekaligus membolehkan nasib rakyat akan lebih terbela tanpa monopoli pihak tertentu,” katanya lagi.

Ismail Sabri hari ini memaklumkan, kerajaan bersetuju memansuhkan keperluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Dengan pemansuhan keperluan berkenaan, katanya, sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini sebagai antara usaha menangani isu keselamatan makanan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat