Sidang Parlimen Singkat Kerana Risiko Covid-19 Dalam Kalangan Ahli Parlimen Berumur

- Advertisement -

KEPUTUSAN kerajaan untuk memendekkan sidang parlimen pada hari ini, walaupun dikritik teruk, sebenarnya adalah sangat wajar.

Bukan sahaja kerana negara sedang berhadapan wabak Covid-19, faktor umur majoriti ahli parlimen yang rata-rata berusia lebih dari 65 tahun juga memainkan peranan yang penting.

Antaranya seperti Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun baru sahaja menyambut ulangtahun yang ke-73.

Seperti yang semua maklum, golongan lebih berusia ini berisiko tinggi jika dijangkiti dengan virus berkenaan, tak ambil kira penyakit biasa yang ada antara  mereka mungkin sedang hadapi lagi seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

Sebelum ini pun, 2 ahli parlimen – masing-masing dari Kota Samarahan dan Bandar Kuching telah dijangkiti virus tersebut. Kita tidak tahu siapa lagi di antara mereka yang mungkin menjadi pembawa kepada virus berkenaan kerana sifatnya yang kadang kala tidak menunjukkan sebarang simptom sehingga sudah terlambat.

Penting juga untuk kita semua tahu, tidak semua ahli parlimen ini yang menjalani ujian saringan Covid-19 untuk mengesahkan mereka bebas dari virus berkenaan.

Justeru keputusan ini sangat tepat kerana mampu mengurangkan risiko kepada mana-mana ahli parlimen terlibat. Setidaknya, rakyat tidak perlu berhadapan dengan kemungkinan pilihanraya kecil sekiranya keadaan menjadi serius – walaupun kita sedar ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan, tapi tidak ada salahnya berjaga-jaga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat