Petugas Media Pitam Ketika Buat Liputan Di Parlimen

- Advertisement -

Seorang petugas media rebah ketika membuat liputan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini.

Dia yang berada bersama kira-kira 20 petugas media yang sedang merakam gambar keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah diberikan bantuan oleh petugas keselamatan dan perubatan tidak lama kemudian.

Petugas media itu dipercayai pitam selepas berdiri lama ketika cuaca panas terik, berhadapan dengan pondok kawalan pasukan keselamatan.

Sejak jam 7 pagi tadi, petugas media mula ‘berkampung’ di sepanjang jalan masuk ke Parlimen untuk membuat liputan berkenaan.

Sesekali, kumpulan media terbabit didatangi polis yang meminta mereka memastikan penjarakan sosial dipatuhi selain menjaga keselamatan ketika berada di bahu jalan.

Kumpulan berkenaan bersurai kira-kira jam 12 tengah hari selepas semua Ahli Parlimen meninggalkan majlis yang berlangsung lebih satu jam itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat