Malaysia Airlines kembali ke senarai syarikat penerbangan 50 teratas dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd kembali ke senarai 50 syarikat penerbangan teratas di dunia dalam laporan terkini Brand Finance Airlines 50 2025.

Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Izham Ismail, berkata syarikat penerbangan negara itu mencatat lonjakan nilai jenama sebanyak 209 peratus, menjadikannya jenama syarikat penerbangan paling pesat berkembang di seluruh dunia.

Beliau menyifatkan kejayaan itu cerminan komitmen diperbaharui syarikat penerbangan itu terhadap kecemerlangan dan perkhidmatan pelanggan.

“Kami kembali ke 50 teratas dalam ranking Brand Finance Airlines 50, dengan lonjakan nilai jenama sebanyak 209 peratus – bukti terhadap visi kami untuk meningkatkan janji kami kepada pelanggan,” katanya dalam sidang media ketika pelancaran kerjasama Malaysia Airlines dengan gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United.

Semalam, MAG mengumumkan ia mencatat pendapatan bersih selepas cukai sebanyak RM54 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024, tahun ketiga berturut-turut ia mencatat keputusan positif.

Kumpulan itu turut mencatat keuntungan operasi sebanyak RM113 juta dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai serta pelunasan sebanyak RM788 juta.

Penerbangan terus ke Brisbane pada November, pesawat livery MU

Izham turut mengumumkan Malaysia Airlines akan melancarkan penerbangan terus ke Brisbane, Australia mulai 29 Nov ini sebagai sebahagian strategi MAG untuk mengembangkan kehadirannya di pasaran Australia.

“MAG sedang berusaha memperkukuhkan lagi kehadiran di pasaran Australia. Untuk itu, kami akan melipatgandakan kapasiti dengan tiga penerbangan harian ke Sydney dan Melbourne.

“Pelanggan akan menikmati lebih banyak fleksibiliti dalam membuat tempahan, dengan penerbangan tiga kali sehari ke destinasi ini.”

Beliau berkata, syarikat itu tiada rancangan memperkenalkan destinasi tambahan Eropah selepas pelancaran laluan ke Paris tahun ini. Tetapi, ia akan menilai semula kemungkinan mengembangkan operasinya ke Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Syarikat penerbangan itu turut mengumumkan had bagasi kelas ekonomi dinaikkan kepada 20kg.

Pada masa sama, Malaysia Airlines melancarkan livery baharu bertemakan Manchester United yang menggabungkan warna bendera Malaysia dan kelab bola sepak itu.

Turut hadir majlis pelancaran hari ini ialah Ketua Pegawai Operasi MAG, Nasaruddin A Bakar dan Ketua Pegawai Komersial, Dersenish Aresandiran.

Bekas bintang Manchester United, Luis Nani, Nemanja Vidic dan Dimitar Berbatov turut membuat penampilan khas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat