Dah tua bangka, jadi pengamal media masih tak tahu bendera Malaysia elok jangan jadi warganegara – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh memberitahu Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil supaya mendidik melalui undang-undang terhadap kelompok yang masih ‘buta’ Jalur Gemilang.

Justeru Akmal menuntut supaya Menteri Komunikasi mengenakan tindakan berat sebagai peringatan tegas.

“Kalau dah tua bangka dan dah jadi pengamal media masih lagi tidak tahu bendera Malaysia lebih baik jangan jadi warganegara Malaysia.

“Bukan taklimat yang diperlukan, tetapi gubal undang-undang dan kenakan tindakan yang berat kepada mereka yang masih lagi tidak tahu menghormati negara ini wahai menteri.

“Mendidik melalui undang-undang pasti mereka akan ingat sampai bila-bila, simple,” tegas Akmal.

Sebelum ini Fahmi memaklumkan kerajaan akan menganjurkan sesi taklimat khas kepada organisasi media dan unit komunikasi korporat bagi memperjelas tatacara yang betul dalam penggunaan Jalur Gemilang.

Menteri Komunikasi itu berkata, taklimat itu akan diadakan di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPTAR) dalam tempoh dua minggu lagi.

“Berdasarkan apa yang telah berlaku, kita telah memutuskan untuk mengadakan satu sesi penerangan dan taklimat mengenai tatacara penggunaan pempameran lambang kebangsaan iaitu Jalur Gemilang.

“Kita akan anjurkan sesi ini untuk rakan-rakan media dan juga unit-unit komunikasi korporat di IPTAR dalam masa dua minggu, insya-Allah,” katanya.

Malam tadi media melaporkan, Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua individu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kita tahan untuk siasatan dan bawa dua individu terbabit ke pejabat bagi mendapatkan komputer serta barang berkaitan kes bagi siasatan selanjutnya.

“Kedua-dua individu akan dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi,” katanya dan difahamkan mereka dibebaskan pada jam 8.20 malam.

Terdahulu, pihak polis merakam keterangan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily selama tiga jam di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Ketua Editor itu dikatakan berperanan meluluskan penyiaran ilustrasi tersebut manakala Timbalan Ketua Penyunting terbabit pula adalah pereka grafik gambar berkenaan.

Razarudin berkata setakat ini, pihaknya menerima 40 laporan berhubung isu itu di seluruh negara dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selasa lepas, akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.

Insiden itu mendapat kiritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat