PM umum Jumaat cuti umum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memandangkan pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada Khamis, 20 April 2023 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Justeru, kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” kata beliau pada Selasa.

Jelas Anwar, Kerajaan Perpaduan terus komited memastikan kebajikan rakyat di bawah Malaysia Madani sentiasa terbela dalam segenap aspek.

“Diharap dengan pelbagai ikhtiar dan program khas yang dilaksanakan, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat memberi seribu makna buat seluruh rakyat Malaysia,” ucap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat