Mustahil Kami Tiada Nilai – MUDA

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menafikan dakwaan pihaknya gagal membawa nilai tambah kepada Pakatan Harapan (PH) sebaliknya menegaskan parti itu sentiasa menjungjung semangat setiakawan.

“Dalam keadaan di mana beberapa individu dalam parti komponen PH yang menyelar MUDA, MUDA ingin menyatakan dengan semangat perpaduan dan setiakawan, MUDA sentiasa menghormati rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

“Dalam siri-siri pilihanraya bersama PH, sudah tentu MUDA sebagai sebuah parti politik baharu yang menjunjung politik bersih, adil dan demokratik yang segar.

“MUDA turun di setiap lapangan bagi membantu dan berkempen untuk calon-calon Pakatan Harapan.

MUDA juga turut sepentas dengan tokoh-tokoh PH dalam siri jelajah PH di serata negara.
MUDA komited untuk bersama PH sejak sebelum PRU-15 lagi,” kata Timbalan Ketua penerangan MUDA Selangor, Ernest Tan Yong, menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah Ernest Tan lagi, permohonan, kunjungan rasmi dan rundingan silaturahim telah mempertautkan MUDA-PH, malah Siri-siri kerjasama di peringkat akar umbi sentiasa segar dan berjalan dengan amat harmoni.

“Malahan, MUDA terus komited dalam membina kerajaan perpaduan yang dianjur YDPA, walaupun tidak ditawar sebarang jawatan dan kedudukan dalam kerajaan.

“MUDA kekal menjadi penyokong kerajaan perpaduan Malaysia MADANI.

“Adalah amat dukacita jika ada yang mengatakan bahawa MUDA bukanlah nilai tambahan atau hanya menumpang populariti PH.

“MUDA akan terus memperjuangkan politik khidmat, politik nilai dan politik dasar dalam membangunkan Malaysia.

“MUDA yang sebilangan besarnya dipimpin oleh barisan anak muda adalah paling hadapan dalam memperjuangkan isu mahasiswa, isu anak muda dan vokal dalam isu-isu yang dekat dengan rakyat.

“Suka diingatkan, MUDA akan terus bergerak dan memperjuangkan hak-hak rakyat. Yang benar disokong, yang salah disanggah, ini prinsip jelas MUDA,” katanya.

Justeru itu beliau meminta jangan ada pihak yang menangguk air yang keruh, dalam kejernihan dan keikhlasan yang dianjurkan MUDA kerana parti itu komited untuk terus berjuang.

“Kini bola berada di lapangan pimpinan PH. Tentukan dan jelaskan kepada rakyat pendirian PH berhubungan kedudukan MUDA dan bukan dengan cakap-cakap dingin seperti ini,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat