Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim: Kedah Belum Bincang – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kedah masih belum membuat sebarang permohonan kepada Kerajaan Persekutuan berkaitan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang menjadi sebahagian pembangunan Projek Kedah Aerotropolis.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata belum ada sebarang permintaan lagi daripada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk mengadakan pertemuan berkaitan perkara itu.

“Tiada apa-apa langsung (sebarang permohonan cadangan), tiada perkembangan baharu berkaitan isu ini, malah belum ada permintaan (untuk bertemu),” katanya selepas Majlis Penyerahan Lesen Vakasional Kenderaan Perkhidmatan Awam E-Hailing di Putrajaya pada Selasa.

Bulan lalu di sidang Parlimen, Kementerian Pengangkutan memaklumkan belum menerima permohonan aerodrome secara rasmi berhubung Projek Kedah Aerotropolis yang membabitkan pembangunan lapangan terbang di negeri itu.

Loke berkata, soal kerajaan menolak pembangunan projek itu tidak berbangkit kerana permohonan aerodrome secara rasmi belum dibuat, lapor BH.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan berkata kerajaan negeri belum ke peringkat memohon lesen operator aerodrome (AOL) kepada Kementerian Pengangkutan, sebaliknya memohon kelulusan membina lapangan terbang.

Muhammad Sanusi berkata, AOL yang menjadi lesen pengurusan ruang angkasa hanya boleh dipohon operator lapangan terbang sebelum operasi penerbangan dapat dimulakan.

Katanya, pada peringkat perancangan pembangunan KXP, permohonan mendapatkan AOL tidak perlu dibuat lagi.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan hasratnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberikan penerangan secukupnya berhubung pembangunan projek KXP.

Malah, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ketika merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, awal bulan lalu menyeru Kerajaan Persekutuan menyokong pembangunan projek KXP.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat