Wan Rosdy Dahului Saingan Naib Presiden UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului pesaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang berlangsung hari ini.

Beliau meraih 63 undi iaitu satu pertiga  daripada 189 undian pada pemilihan parti itu, setakat 10.30 malam.

Mengekori beliau ialah ialah penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan 58 undian dan seterusnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memperolehi 45 undi.

Seterusnya, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berada di kedudukan keempat dengan 35 undi dan pesaing lain, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula meraih 26 undi, diikuti Datuk Seri Hasni Mohamad (17 undi) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (11 undi).

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat