MITI perkenal Save@Work kepada sektor perkilangan

- Advertisement -

ETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini memperkenalkan satu inisiatif baharu dikenali Safe@Work bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Safe@Work adalah prosedur operasi standard (SOP) yang boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di sektor perkilangan yang merangkumi tanggungjawab majikan menyediakan penginapan pekerja yang selamat serta mematuhi piawaian.

“Piawaian itu di bawah Akta Standard Minimum Penginapan dan Perumahan Pekerja 1990 (Akta 446), pengurusan kes-kes pekerja positif dan kontak rapat, saringan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pekerja.

“Safe@Work dirangka berdasarkan kepada sesi libat urus dan rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan sektor awam dan swasta yang merangkumi Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), persatuan-persatuan industri serta dewan-dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar khas MITI yang diadakan secara langsung di laman sosial Facebook kementerian tersebut hari ini.

Tambah Mohamed Azmin, inisiatif ini juga berupaya mengelakkan gangguan operasi syarikat dan mengurangkan impak terhadap produktiviti apabila terdapat kes positif Covid-19 di premis perniagaan.

Katanya, berdasarkan amalan semasa, pekerja kontak rapat wajib dikuarantin dan tidak dibenarkan bekerja sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan bebas Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan.

“Kini, inisiatif Safe@Work akan membolehkan pekerja-pekerja kontak rapat untuk terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan Safe Work Bubble.

“Pekerja-pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada Covid-19 berdasarkan keputusan ujian saringan,” katanya.

Jelasnya lagi, sebagai galakan kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan Safe@Work, kerajaan akan memberikan potongan cukai tambahan ke atas sewaan premis asrama pekerja dan penyediaan kelengkapan berkaitan seperti CCTV, wearable tracking devices dan keperluan-keperluan asas lain.

“Perbelanjaan yang layak mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50,000 bagi setiap syarikat.

“Syarikat terlibat boleh membuat pendaftaran di Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) mulai 1 April 2021, “jelasnya.

 

_ K!Online _

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat