Video Tahun Melawat Malaysia 2026 dah siap, dijamin promosi pelancongan Islam – King Sing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Video promosi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang memaparkan pelbagai keindahan serta keunikan negara ini sudah disediakan dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau sendiri akan melihat video berkenaan terlebih dahulu petang ini sebelum ia dikeluarkan kepada umum.

“Janganlah semua main politik, jangan salah faham, video sebelum ini hanya untuk promosikan logo.

“Video akhir sudah ada, petang ini saya akan tengok,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berhubung montaj pelancaran TTMM2026 yang dikatakan tidak memaparkan imej masjid, sebaliknya hanya menampilkan kuil dan gereja.

King Sing sebelum ini menjelaskan video montaj dipertontonkan semasa majlis pelancaran logo, maskot, lagu tema dan reka bentuk paparan corak pada kapal terbang bagi TMM2026 bukan video yang akan digunakan bagi tujuan promosi, sebaliknya hanya video pelancaran ringkas dan pendek berdurasi 41 saat.

Menjawab soalan Nurul Amin berhubung strategi dan program dilaksanakan untuk meningkatkan pelancong Muslim ke Malaysia, King Sing berkata beliau sudah meminta Pusat Pelancongan Islam (ITC) melaksanakan kempen lebih agresif dalam sektor pelancongan Islam.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang berusaha memperluaskan promosi TMM2026 ke pasaran besar seperti China yang mempunyai ramai pelancong dengan perbelanjaan tinggi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat