Hassan sambut baik keterbukaan Anwar tak halang jawatan nombor satu, dua PKR direbut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keterbukaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR dipertandingkan pada pemilihan parti Mei ini adalah langkah yang demokratik dan positif.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, apa yang dilakukan Perdana Menteri itu menyuburkan amalan demokrasi dalam parti sekali gus memberi peluang kepada lebih satu juta ahli menentukan kepimpinan tertinggi parti tersebut.

“PKR adalah parti demokrasi dan bukan hari-hari kita adakan pemilihan tapi tiga tahun sekali. Ini amat positif dan memberikan gambaran yang baik kepada anak muda dan mereka akan berminat dengan PKR.

“Kita harap perkara ini (amalan seperti ini) akan diteruskan bukan sahaja dalam pemilihan kali ini tetapi juga pemilihan pada tahun-tahun akan datang,” katanya di Tebrau, semalam.

Bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata, dua jawatan tertinggi PKR itu perlu dipilih secara amalan biasa dan sesiapa pun dalam parti dibenarkan bertanding.

“Biarkan dua jawatan tersebut dipertandingkan, kalau siapa-siapa ahli parti nak lawan, lawanlah. Bagi mereka bertanding,” lapor MalaysiaGazette.

Kelmarin Anwar dilaporkan berkata, beliau menyerahkan kepada parti untuk memutuskan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR perlu dipertandingkan atau tidak, pada pemilihan parti Mei ini.

Sebagai Presiden PKR, Anwar berkata, beliau menghormati demokrasi dalam parti dan tidak mahu mencampuri urusan berkenaan.

Terdahulu pada 2 Februari lalu, Hassan mempersoalkan kewajaran dua jawatan tertinggi PKR kemungkinan tidak dicabar pada pemilihan parti berkenaan.

Hassan berkata, PKR adalah parti yang demokratik, justeru biarlah proses menentukan dua jawatan tertinggi itu dicabar atau ditandingi berlaku secara semula jadi yang ditentukan ahli parti.

Cuma, katanya, persoalan timbul apabila jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandang Datuk Seri Rafizi Ramli juga dicadangkan untuk tidak dicabar.

Beliau yakin PKR mempunyai ramai pemimpin kanan yang layak mencabar jawatan nombor dua parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat