Agenda Daily Diperintah Padam Artikel Fitnah Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan portal Agenda Daily memadamkan artikel didakwa memfitnahnya.

Melalui perintah injunksi sebelah pihak (ex-parte) itu, Perdana Menteri berjaya mendapatkan perintah supaya pemilik portal iaitu Agenda Daily Media Enterprise memadamkan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’.

Memetik laporan BH, Agenda Daily Media juga diperintahkan tidak membuat sebarang kenyataan yang membayangkan Ismail Sabri terdesak untuk kekal sebagai perdana menteri, dan bahawa beliau ‘rayu’ atau akan ‘rayu’ kepada parti politik untuk tidak menarik balik sokongan terhadapnya.

Peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail Sabri ketika dihubungi media berkata, perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Evrol Mariette Peters, yang bermakna ia akan berkuat kuasa sehingga 21 hari selanjutnya.

Katanya, mahkamah tinggi menetapkan 4 Mac ini bagi pendengaran inter-parte.

Injunksi itu adalah berhubung kes saman fitnah yang difailkan Ismail Sabri terhadap Agenda Daily Media.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, Ismail Sabri sebagai plaintif berkata, pada 30 Januari lalu, Agenda Daily Media menerbitkan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ (“Artikel Yang Dipersoalkan”) di laman webnya.

Ismail Sabri berkata, artikel itu jika dibaca secara keseluruhannya, mengandungi pelbagai kenyataan berniat jahat dan fitnah berhubung dirinya.

Pada 31 Januari lalu satu laporan polis dibuat terhadap tiga portal tempatan berikutan kenyataan palsu dan fitnah yang boleh mencemarkan nama baik Perdana Menteri.

Laporan tersebut dibuat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat