Kontrak Shuk dengan Hot FM ditamatkan

- Advertisement -

Petaling Jaya: Kontrak dan khidmat Shuk sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim berkata, hasil siasatan dalaman yang dibuat mendapati kontroversi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.

“Siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga sudah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya.

Penamatan perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu susulan tugas Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung buat sementara pada 24 Januari lalu.

“Khidmat Shuk sebelum ini digantung buat sementara untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci terhadap isu kontroversi membabitkannya yang tular di media sosial,” katanya.

Anida berkata, pihak pengurusan Hot FM turut mengumumkan segmen Geng Pagi Hot (GPH) tampil dengan wajah baru bermula 15 Februari lalu menerusi gandingan Fizie dan penyampai baharu Hot FM, Mark Adam.

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi pembaharuan kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur serba-boleh memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami supaya pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat