Khairuddin harap persidangan Majlis Raja-raja Melayu perhalusi surat Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berharap Majlis Raja-Raja Melayu yang bakal bersidang dalam beberapa hari lagi memberi perhatian serius terhadap surat Timbalan Speaker Dewan Rakyat kepada Peguam Negara.

Menurut belia, teguran yang dibuat oleh Datuk Seri Azalina Othman Said itu mempunyai asas yang cukup kukuh untuk Majlis Raja-Raja Melayu menjadikannya sebagai salah satu agenda mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu demi kepentingan bangsa dan negara.

“Kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan serta sudah hilang sokongan majoriti sedang mencemarkan imej negara kita.

“Lihat saja bagaimana 90 orang ahli-ahli Parlimen dari negara-negara ASEAN sudah mula menegur sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Teguran itu menasihati kerajaan Malaysia serta Istana Negara untuk campur tangan ke arah memulihkan semula amalan demokrasi secara tulen di tanah air kita mesti diambil serius oleh semua pihak yang berkaitan,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan PN yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang tidak bermaruah serta tidak berprinsip hanya berselindung di sebalik pendamik Covid-19 untuk terus berkuasa.

“Natijah daripada isu ini juga bakal memudaratkan keseluruhan sosio-ekonomi Malaysia kerana para pelabur asing mula meninggalkan negara kita.

“Kenyataan yang datangnya daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat ini tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak sekali pun,” katanya.

“Saya secara peribadi dengan penuh perasaan rendah diri serta tawadduk merafak sembah kepada keseluruhan Raja-Raja Melayu untuk memberi pertimbangan khusus agar menerima teguran ikhlas daripada Timbalan Speaker Parlimen sebagai salah satu agenda mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bakal bersidang pada 22 hingga 25 Februari ini.

“Sudah sampai masanya sekali lagi untuk Majlis Raja-Raja Melayu menunjukkan satu peranan sebagai ‘payung utama’ kepada keseluruhan rakyat yang amat resah dengan perkembangan politik mutakhir negara,” ujarnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat