DidikTV Beri Sinar Baharu Buat Pelajar – Salleh Keruak

- Advertisement -

Kota Belud: Ahli Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk’ Seri Salleh Said Keruak berkata, langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan DidikTV adalah langkah yang patut dipuji bagi mempastikan murid-murid yang tinggal kawasan pendalaman megikuti PdPR dengan lebih berkesan.

Menurutnya, pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia telah memberi kesan kepada para pelajar terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Saya menyambut baik langkah kerajaan melancarkan DidikTV kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah PdPR kerana hal ini dapat menyelesaikan kebuntuan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman. Kawasan pedalaman tidak boleh mengikuti PdPR kerana masalah kemudahan peranti serta internet.

“Platform ini wajar dipuji kerana ia menunjukkan keprihatinan kerajaan yang mendengar keluhan rakyat terutamanya guru-guru dan ibu bapa. Saya mendapat banyak maklum balas warga pelajar yang menyambut baik pelaksanaan ini.” Katanya melalui catatan blog beliau,

Ujarnya lagi, hal ini sedikit sebanyak melegakan kebuntuan rakyat yang  dahagakan sistem pendidikan dan pembelajaran yang dilangsungkan secara konsep sama rata.

Justeru, kewujudan DidikTV adalah tepat pada masanya kerana ia merupakan platform informasi dan budaya ilmu yang mempunyai penerapan silibus yang berfokus. Bagaimanapun untuk memastikan usaha ini berkesan, kerajaan perlu mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa dan pelajar selepas beberapa had tempoh, katanya.

“Semoga usaha ini akan terus memudahkan semua pihak dalam memastikan pendidikan anak-anak dipermudah dan lancar demi pembangunan pendidikan negara.

“Namun dalam pada menyambut baik saluran yang merangkumi silibus sekolah, pra sekolah mahupun menengah secara keseluruhan, sistem PdPR juga perlu diperbaiki dan dibaikpulih untuk jangka masa panjang. Cara penyampaian perlu ditambah baik selain peningkatan rangkaian internet di kawasan pedalaman,” katanya lagi.

Salleh juga menyeru semua pihak bersama-sama bekerjasama agar pandemik ini beransur pulih dan keadaan akan kembali pada sediakala meskipun kita perlu adaptasi diri dalam keadaan norma baharu. Teruskan bersama patuhi SOP agar Covid-19 dapat dicegah dan ditangani bersama. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat