Malaysia terus pegang Dasar Satu China, perkongsian saling menguntungkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia sentiasa dan akan terus berpegang kepada “Dasar Satu China” (“One China Policy”) yang telah menjadi asas kepada perkongsian yang kukuh dan saling menguntungkan sempena merayakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik China.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, tahun 2024 merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China, berikutan pemeteraian Kenyataan Bersama (Joint Communique) antara Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Chou En-Lai pada 31 Mei 1974.

“Bagi menyambut ulang tahun penting ini, beberapa siri program dan aktiviti sedang dirancang, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pertukaran lawatan peringkat tinggi, pengeluaran setem peringatan, forum perniagaan dan persembahan kebudayaan.

“Pada tahun 2013, hubungan kedua-dua negara ini telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership),” katanya.

Pada tahun lepas Wisma Putra memberitahu, berikutan ulang tahun ke-10 CSP ini, pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara telah dipergiatkan lagi termasuklah lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke China dan TYT Zhao Leji, Pengerusi Jawatankuasa Tetap ke-14 Kongres Kebangsaan Rakyat China (Chairman of the Standing Committee of the 14th National People’s Congress of China), ke Malaysia.

“Ini mempamerkan penekanan yang diletakkan oleh pemimpin kedua-dua negara ke atas hubungan dua hala Malaysia-China, berdasarkan kepada prinsip hormat-menghormati dan persefahaman bersama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat