Penafian Berita Palsu – KKMM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan poster yang memaparkan sebanyak 5,122 kes baharu COVID-19 pada 17 Jan 2021 seperti yang tular di media sosial.

Sebaliknya, hanya 3,339 kes baharu COVID-19 direkodkan berdasarkan sidang media harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KKM meminta pihak yang tidak bertanggungjawab berhenti menyebarkan berita yang tidak benar daripada sumber tidak sah yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,445FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat