PAU Ditangguhkan, Pemilihan UMNO 2021 Tetap Diteruskan – Ahmad Maslan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sepatutnya berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini akan ditangguhkan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ianya selaras dengan Proklamasi Darurat yang diumumkan oleh kerajaan.

Tarikh baru akan dimaklumkan kelak, kata Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad b Maslan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.

“Dimaklumkan juga bahawa YB Dato’ Seri Presiden UMNO bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun 2021 ini.

“Ahli UMNO adalah diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat pada ketika yang begitu mencabar ini,” kata Ahmad Maslan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat