Konsert GENKRU 2025 Perayaan seni muzik tanah air bersama KRU

- Advertisement -

Setelah lebih tiga dekad mencipta fenomena dalam industri muzik Malaysia, kumpulan KRU kini kembali untuk melakar sejarah baharu. KONSERT GENKRU, yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 3 Mei 2025, bukan sekadar konsert biasa, tetapi sebuah simbolik kebangkitan semula. Lebih daripada sekadar meraikan legasi muzik mereka, konsert ini adalah usaha menyuntik nafas baharu kepada seni muzik tempatan, sambil menyatukan pelbagai generasi peminat.

Bagi Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim, misi mereka kali ini bukan sekadar menghiburkan. Sebaliknya, KONSERT GENKRU adalah peluang untuk memupuk penghargaan terhadap muzik tempatan di kalangan generasi muda, sambil mengimbau kenangan manis bersama peminat lama. Dalam era digital yang sering dilihat sebagai cabaran kepada muzik tradisional, KRU mengambil langkah berani untuk menunjukkan bahawa muzik berakar budaya tetap relevan.

Iman Tang, pengasas ICON Entertainment yang bertanggungjawab menganjurkan konsert ini, percaya bahawa kebangkitan KRU adalah sesuatu yang lebih besar daripada nostalgia. “KRU adalah ikon seni yang merentas masa. Melalui konsert ini, kami mahu mendekatkan muzik mereka kepada generasi baharu, sambil mengingatkan generasi lama tentang kehebatan era mereka dahulu,” jelas Iman.

Apa yang membezakan KRU daripada kebanyakan kumpulan muzik lain adalah nilai yang mereka bawa. Dengan karya seperti Awas, Mengerti, dan Fanatik, mereka bukan sahaja mencipta lagu yang menjadi siulan ramai tetapi turut mengubah landskap muzik Malaysia dengan memperkenalkan elemen hip hop, pop, dan elemen moden yang masih kekal relevan hingga kini.

“Ini bukan tentang anugerah atau pengiktirafan,” kata Norman Abdul Halim. “Kami buat muzik kerana minat dan spontan. Melihat peminat menghargai karya kami adalah anugerah paling besar.”

Bagi peminat, KONSERT GENKRU adalah sebuah peluang untuk mengimbau memori. Bagi KRU pula, ia adalah peluang mencipta semula momen magis di atas pentas. “Kami masih ingat beberapa langkah lama yang ikonik, tapi kali ini kami akan beri sesuatu yang segar dengan koreografi baharu,” kongsi Yusry.

Namun, mereka juga tidak menafikan cabaran yang bakal dihadapi. “Persembahan ini seperti bermain bola selama 90 minit – memerlukan tenaga dan fokus penuh,” kata Edry, mengulas tentang intensiti konsert tersebut.

Sebagai anak seni, KRU tidak pernah lupa akan akar mereka. Dalam banyak temubual, mereka sering menekankan penghargaan kepada ibu bapa dan peminat yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka. “Apa sahaja kejayaan yang kami kecapi, semuanya kerana didikan ibu bapa kami,” ujar Norman dengan rendah hati.

Peminat lama pula menganggap konsert ini sebagai peluang untuk sekali lagi menyaksikan gergasi muzik ini beraksi di pentas besar. “Ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu perayaan – penghormatan kepada peminat yang selama ini setia bersama kami,” tambah Yusry.

Dengan harga tiket bermula dari RM258 hingga RM588, KONSERT GENKRU menjanjikan pengalaman yang penuh kejutan. Tanpa mendedahkan sepenuhnya konsep persembahan, KRU dan pihak penganjur mahu memastikan setiap detik menjadi memori yang sukar dilupakan.

KRU bukan sekadar sebuah kumpulan muzik – mereka adalah sebuah gerakan yang mendefinisikan era dan budaya. KONSERT GENKRU adalah peluang bagi peminat untuk menghidupkan semula kenangan, sambil menyaksikan bagaimana sebuah legasi terus berkembang.

Bagi mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada malam yang bersejarah ini, tempahlah tiket anda sekarang di www.ticket2u.com.my. KRU sudah kembali, dan mereka bersedia menggoncang pentas sekali lagi!

Harga Tiket KONSERT GENKRU:

  • OOH!LAILA! – RM258
  • AWAS – RM358
  • MENGERTI – RM478
  • TERHANGAT DI PASARAN – RM508
  • APASAJA – RM548
  • FANATIK – RM588

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kebangkitan muzik tempatan bersama KRU – legenda yang terus hidup dan memberi inspirasi.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat