Polis Negeri Sembilan Bantu Kesan Long Tiger

- Advertisement -

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedia membantu polis Johor bagi mengesan lelaki Myanmar etnik Rohingya iaitu Long Tiger yang melarikan diri dari tahanan ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Rabu lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya di kawasan bersempadanan dengan Johor seperti di Gemas dalam daerah Tampin akan sentiasa pantau jika memperoleh maklumat berhubung kehadiran lelaki dikehendaki polis berkenaan.

“Sebarang kemungkinan boleh berlaku (Long Tiger memasuki sempadan Negeri Sembilan) dan kita sedia membantu polis Johor mengesan suspek. Semua elemen dan petugas telah dimaklumkan berhubung kes tersebut.

“Kami turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehadiran Long Tiger untuk segera menghubungi pihak polis atau mana-mana balai polis terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 15 Disember lepas, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Tangkak bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sebelum terlepas daripada tahanan kira-kira 11.55 pagi.

Bagaimanapun, tertuduh yang sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, kini turut disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada tahanan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat