KUALA LUMPUR – Sejumlah 4.2 juta rakyat negara ini menerima suntikan dos penggalak dengan 162,147 dos penggalak yang diberikan setakat malam tadi.

Laman Covid Now memaklumkan sebanyak 172,511 dos suntikan vaksin yang diberikan setakat semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan adalah sebanyak 55.5 juta dos.

Dalam pada itu, sebanyak sebanyak 25.5 juta atau 78.2 peratus populasi keseluruhan negara ini lengkap menerima suntikan vaksinasi, manakala 408,757 atau 1.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebelum ini media melaporkan kesemua penerima vaksin Covid-19 berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin dan penerima Sinovac berumur 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan bagi mengekalkan status lengkap divaksin.