UMNO sepatutnya ketuai kerajaan bukan Bersatu – Ku Li

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

CYBERJAYA: Dengan bilangan ahli Parlimen paling ramai di Dewan Rakyat, UMNO seharusnya menjadi parti yang menguasai kerajaan dan memegang portfolio penting dalam kerajaan, kata Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu menegaskan UMNO sepatutnya disokong, dan bukannya menyokong parti lain, kerana ia parti yang terbesar dalam blok kerajaan walaupun kalah pilihan raya umum 2018.

“Sebenarnya kita tak patut bagi sokongan… saya bercakap terus terang kerana Umno parti terbesar.

“Walaupun kalah pilihan raya umum 2018, tapi bilangan kita terbesar di Parlimen, kita patut mengepalai mana-mana kerajaan baru yang dibentuk, bukan kerana kita besar kepala, bukan nak jadi ketua.

“Kita adalah golongan terbesar, parti tertua, ada pengaruh di merata tempat. Rakyat di setiap sudut kehidupan di negara ini ada kait-mengait dengan perjuangan kita… wajar kita diberi pimpinan,” katanya dalam satu temubual bersama portal The Malaysian Insight, semalam.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan nama Ku Li juga berkata beliau mempersoalkan pimpinan UMNO kerana parti tidak memegang lebih banyak jawatan menteri atau diberi peranan portfolio utama dalam kabinet Muhyiddin Yassin.

“Saya soal pimpinan UMNO, mengapa kita jadi begitu… mengapa tak ambil pimpinan parti kerajaan baru untuk Umno… tapi mereka pun tak boleh jawab.

“Kita bagi sokongan jugalah (kepada kerajaan Muhyiddin) sebab nak redakan krisis politik,” tambahnya.

Tengku Razaleigh menegaskan wakil rakyat UMNO mampu menjamin kestabilan pentadbiran sekiranya memegang portfolio penting kerana parti itu ada pengaruh yang besar di serata negara.

“Saya sekarang ini tak setuju dengan kerajaan ini… kalaupun orang lain memimpin kerajaan ini, tetapi bahagian untuk kita mentadbir negara ini mestilah portfolio penting kerana kita mempunyai pengaruh yang luas.

“Kita boleh menjamin supaya kestabilan wujud, kerana kita mempunyai pengaruh yang luas dan pengalaman yang banyak.

“Itu sebab kita rasa kita boleh menyumbang terhadap perkhidmatan yang lebih baik daripada apa yang dinikmati sekarang,” katanya, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

UMNO kini mempunyai 39 ahli Parlimen di Dewan Rakyat selepas segelintir wakil rakyatnya bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...