The Curve berubah jadi syurga pencinta Kopi – SELCOFF 2025 Bermula hari ini!

Festival Kopi Selangor (SELCOFF) 2025 membuka tirainya hari ini dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. The Curve, Damansara dipenuhi ribuan pengunjung sejak awal pagi yang hadir untuk menikmati pelbagai jenis kopi, menyertai aktiviti interaktif dan menyaksikan persembahan menarik sepanjang festival berlangsung.

Festival selama tiga hari ini, yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, merupakan sebahagian daripada inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) di bawah tema “Selangor Kan Ada”. Penganjuran ini bertujuan memperkukuh industri kopi tempatan serta menjadikan Selangor sebagai hab kopi utama di rantau Asia Tenggara.

Pada majlis pembukaan hari ini, pihak penganjur turut menjemput wakil media untuk menyertai aktiviti khas yang diadakan sempena pelancaran festival, antaranya susunan pasu bunga dan lukisan menggunakan kopi. Aktiviti ini bertujuan memupuk kreativiti serta memperkenalkan penggunaan kopi dalam seni dan hiasan, di samping mencipta pengalaman unik kepada peserta.

Lebih 30 gerai pameran menyertai festival ini, melibatkan pengusaha kopi tempatan dan antarabangsa termasuk dari Vietnam, Indonesia dan Singapura. Setiap daerah di Selangor turut memperkenalkan jenama kopi dan kafe tempatan masing-masing, sekali gus mempamerkan keunikan cita rasa serta identiti kopi Selangor.

Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai jenis kopi, menyertai sesi demonstrasi penyeduhan, menghadiri bengkel industri, dan berinteraksi bersama barista profesional. Selain itu, pameran peralatan kopi, jualan produk tempatan dan persembahan seni turut menambah tarikan festival ini.

Festival ini bukan sekadar pesta minuman, tetapi juga platform pembelajaran dan jaringan industri. Antara acara utama ialah Pertandingan Barista ASEAN (ASEAN Barista Championships) yang mempertemukan barista terbaik dari seluruh Asia Tenggara untuk bersaing dalam kemahiran penyeduhan dan seni latte.

Turut diadakan ialah bengkel keusahawanan kopi, forum industri, dan pameran inovasi, yang memberi peluang kepada pengusaha serta usahawan muda memahami perkembangan dan trend terkini dalam industri kopi serantau.

Selain aktiviti berkaitan kopi, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan terkenal seperti Aizat Amdan, Bunga Isme, 6ixth Sense dan Tam Spider. Persembahan muzik santai pada waktu malam dijangka menambahkan lagi kemeriahan festival, sekali gus menjadikan suasana di The Curve lebih hidup dan mesra pengunjung.

Dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat, pihak penganjur turut menyediakan gelanggang pickleball percuma untuk pengunjung, menjadikan SELCOFF 2025 sebagai festival yang menggabungkan kopi, komuniti dan aktiviti fizikal dalam satu pengalaman menyeluruh.

Festival Kopi Selangor 2025 dijangka menarik kehadiran lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Acara ini bukan sahaja memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan industri makanan dan minuman, tetapi juga menyokong pertumbuhan perniagaan kecil serta usahawan tempatan.

Dengan gabungan elemen kopi, hiburan dan inovasi, SELCOFF 2025 menonjolkan Selangor sebagai negeri yang progresif dan berdaya saing. Ia mencerminkan semangat serta identiti Selangor sebagai destinasi pelancongan gaya hidup yang dinamik dan berbudaya.

Festival Kopi Selangor (SELCOFF) 2025
17–19 Oktober 2025
The Curve, Damansara, Petaling Jaya
Sasaran: 30,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa
Maklumat lanjut: https://selangor.travel

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat