JaPen anjur Rehlah Watan, rai & santuni OKU sempena HSN

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menyokong penuh usaha kerajaan Madani yang komited, memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) dapat membina kehidupan sejahtera, menyumbang kepada negara dalam pelbagai aspek dan mendapat penyertaan penuh dalam masyarakat.

Ketua Pengarahnya, Julina Johan berkata demikian pada majlis perasmian penutup program Rehlah Watan sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024 di Pekarangan Kompleks Kementerian Komunikasi, dekat sini pada Ahad.

Julina berkata, menerusi program ini OKU mampu menamatkan persaingan dengan menyahut cabaran dan rintangan sepanjang aktiviti berlangsung.

Menurutnya, program berkonsepkan perlumbaan dalam kumpulan atau explorace yang julung kali diadakan itu, mengetengahkan aktiviti komunikasi bersemuka melibatkan 75 peserta yang dibahagikan kepada 15 kumpulan.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Kanan (Pengurusan) JaPen, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin yang merasmikan majlis tersebut bagi pihaknya.

Julina berkata, program ini dilaksanakan untuk komuniti OKU dan masyarakat awam melalui aktiviti kesukanan serta semangat patriotisme dalam memahami sejarah negara.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan mereka dapat membina kehidupan lebih baik dan menyumbang kepada negara dalam aspek pendidikan, pembangunan, kerjaya, kebolehcapaian dan kesamarataan berteraskan konsep Malaysia Madani,”katanya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JaPen memaklumkan, program Rehlah Watan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti larian ukhuwah (persaudaraan), Kahoot, Q – Puzzle, kuiz dan sebagainya.

Menurutnya, program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM), Cawangan Komunikasi Penghakupayaan bagi Orang Kurang Upaya (CPOKU), JaPen.

“Program ini menyaksikan persaingan sebanyak 15 kumpulan melibatkan seramai 70 peserta OKU serta lima pengiring.

“Kumpulan Terbaik dimenangi oleh Bonnie Bunyau daripada Persatuan Orang Kurang Upaya Putrajaya (PROcJAYA), kumpulan Terpantas oleh Balau, daripada pelatih Pusat Latihan Industri dan Pemulihan (PLPP) Bangi.

“Manakala kumpulan Patriotik dimenangi oleh Rentap daripada pelajar dan staf OKU daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),”katanya.

“Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM500 manakala 12 kumpulan lain turut menerima saguhati, hamper dan sijil penyertaan.

“Bagi hadiah cabutan bertuah pula telah disumbangkan oleh Yayasan Maghfirah, Kumpulan Syarikat Salihin, Pertubuhan Ummah Prihatin dan MASSA Advisory Sdn. Bhd,”katanya lagi.

“Melalui kerjasama srategik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut mengadakan pameran .

“Manakala sukarelawan dan fasilitator daripada Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Yayasan Pendidikan Bagi Anak Istimewa (FAQEH); Persatuan Sahabat FAQEH@USIM, dan Majlis Belia Orang Kurang Upaya (MBOKU),”tambahnya.

“Program Rehlah Watan turut disokong oleh badan bukan kerajaan (NGO) antaranya, Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat; PROcJAYA; Pusat Latihan Industri & Pemulihan JKM; Unit OKU UKM, dan Unit OKU Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Selain itu, Bengkel Daya Klang JKM; Pusat Latihan Gurney Malaysian Association of the Blind (MAB); Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), ”tambah kenyataan itu lagi – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat