KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) susulan wujud akaun Facebook palsu yang menggunakan ejaan nama seakan-akan namanya yang dipercayai scammer.
Ekoran daripada kemunculan akaun palsu berkenaan, Ismail Sabri menasihatkan agar semua pengguna laman media sosial berhati-hati dengan ‘scammer’.
“Terdapat satu akaun palsu dicipta oleh individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan ejaan nama seakan-akan sama iaitu Isamail Sabri Yaakob, mencuri gambar-gambar di Facebook Page Official saya iaitu Ismail Sabri Yaakob dengan niat untuk menyamar dan memperdayakan orang ramai.
“Facebook palsu tersebut adalah https://www.facebook.com/profile.php?id=61565846624711…. Saya percaya Facebook palsu ini dicipta untuk tujuan-tujuan ‘scam’.
“Saya juga telah membuat laporan kepada pihak MCMC untuk menutup akaun tersebut agar ianya tidak lagi digunakan untuk memperdaya dan membahayakan orang ramai dengan menyamar sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia,” ujar Ahli Parlimen Bera itu.