Akmal cadang Teresa saman juga ChatGPT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh mencadangkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk menyaman aplikasi kecederdasan buatan, AI, ChatGPT yang didakwa salah menterjemah.

Syor Dr Akmal itu susulan dakwaan Teresa bahawa aplikasi kecerdasan buatan (AI) itu yang membuat kesalahan ketika menterjemah kenyataannya menjadi punca pendapatnya mengenai isu sijil halal disalahertikan dan menjadi sensasi.

“Sebelum ni salah Dr Akmal katanya, sekarang dah jadi salah ChatGPT pula ya

“Apa punya lawak lah nyonya ni. Mohon saman juga ChatGPT tu ya.

“Tak sabar rasanya nak lawan di mahkamah,” bidas Adun Merlimau itu.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Teresa dilaporkan berkata, kesalahan terjemahan oleh ChatGPT dan tumpuan media terhadap unsur sensasi adalah punca kenyataannya berkenaan cadangan mewajibkan sijil halal menjadi kontroversi.

Beliau yang dipetik sebagai berkata, kesilapan terjemahan kenyataan asalnya dalam bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu menyebabkan ada bahagian diterjemah menjadi “sensitif”.

Minggu lalu, media melaporkan, Teresa menuntut ganti rugi RM25 juta daripada Akmal selepas mendakwa ADUN Merlimau itu memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Surat tuntutan (LOD) kepada Akmal dihantar Teresa menerusi firma Sankara Nair and Partners.
Selain tuntutan ganti rugi RM25 juta, Teresa turut menuntut segala kos dan perbelanjaan yang disebabkan isu ini.

Bagaimanapun, Akmal yang diberi tempoh tujuh hari bekerja untuk memberikan maklum balas berkata, beliau tidak gentar dengan saman tersebut dan bersedia untuk bertemu Teresa di mahkamah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat