Terdetik hati hadiahkan jam

260 Kes Covid-19 Hari Ini, Dr Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 hari ini. “Sekiranya anda...

Amazfit Neo, Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Retro Beserta Fungsi Kecergasan

Sebut mengenai jenama Xiaomi, pasti ramai yang cukup tahu dimana jenama ini cukup terkenal dengan memperkenalkan dan menawarkan produk dengan harga mampu milik serta...

Xiaomi lancar dua peranti kelas mercu dikuasakan Snapdragon 865

Pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi memperkenalkan dua peranti kelas mercu terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro yang dikuasakan dengan pemproses...

Fahmi Mentor Legend reda diberhentikan

WALAUPUN sedih, bekas peserta Mentor Legend, Fahmi Esmail, 32, reda perkhidmatannya sebagai anak kapal ditamatkan syarikat penerbangan AirAsia, hari ini. Fahmi atau nama sebenarnya Mohd...

‘Saya tak kisah pasal harga, tapi tak boleh ke cakap baik-baik?’

PELAKON Nazia Mustafar kurang senang dengan cara komunikasi seorang pengurus produksi yang menghubunginya baru-baru ini dengan menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya. Nazia ketika dihubungi berkata,...

BERSEMPENA ulang tahun kelahiran penyanyi Siti Sarah yang ke-36 baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio, Shuib menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex kepada isteri tercintanya itu.

Dianggarkan berharga puluhan ribu, Shuib berkata, hadiah terbabit adalah pemberian paling mahal pernah diberikan kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.

“Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah lihat Sarah memakai jam tangan apatah lagi mengenakan aksesori di tangan seperti wanita lain.

“Tapi, sejak kebelakangan ini, dia sudah mula minat aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam tangan.

“Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dan ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana bisnes yang dijalankannya semakin membuahkan hasil. Tahun lalu saya hampir minta dia tutup perniagaan yang dijalankan, tapi tahun ini dia berjaya buktikan bisnes yang diusahakan mencapai sasaran yang memberi keuntungan berganda,” katanya pada majlis kejutan hari lahir Sarah di U3 Hotel Subang.

Sementara itu, Sarah mengakui dirinya bukan wanita yang materialistik dan tidak pandai memakai barangan yang berharga mahal.

 

SAAT-saat majlis kejutan hari lahir Sarah.
SAAT-saat majlis kejutan hari lahir Sarah.

 

“Sejujurnya, saya agak terkejut dengan hadiah ini. Saya sendiri tak pandai memakai barangan yang mahal. Kalau orang tak suruh beli saya takkan beli. Maksudnya kalau beli pun selepas mendapat nasihat orang lain.

“Saya tak pandai memakai aksesori sejak kecil. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini.

“Shuib adalah hadiah paling bernilai untuk saya sepanjang perkahwinan ini dan saya berharap kasih sayang kami akan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Beralih mengenai kejayaaan dalam perniagaan yang diusahakan, Shuib menyimpan segunung impian iaitu mahu meluaskan empayar perniagaan supaya dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain.

“Selain mahukan keluarga yang bahagia, saya juga berdoa supaya kerjaya berjalan lancar dan bisnes berkembang baik.

“Saya juga mahu ada empayar perniagaan besar dan Alhamdulillah, bisnes yang dijalankan semakin mendapat respons positif.

 

 

“Menerusi perniagaan, saya mahu memberikan banyak kebaikan kepada orang lain dan mahu memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Tanbah Shuib, dia juga berhasrat untuk membina masjid seperti pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

“Saya ada simpan keinginan untuk mendirikan sebuah masjid menerusi perniagaan yang dibina serta menghantar ramai orang menunaikan umrah dan membantu orang setiap hari.

“Sejujurnya saya rasa cemburu melihat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dalam proses membina masjid menerusi perniagaan yang mereka usahakan, tapi cemburu terbabit adalah cemburu yang baik.

“Sebelum melihat mereka membina masjid pun saya sudah simpan impian itu, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Amazfit Neo, Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Retro Beserta Fungsi Kecergasan

Sebut mengenai jenama Xiaomi, pasti ramai yang cukup tahu dimana jenama ini cukup terkenal dengan memperkenalkan dan menawarkan produk dengan harga mampu milik serta...

Xiaomi lancar dua peranti kelas mercu dikuasakan Snapdragon 865

Pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi memperkenalkan dua peranti kelas mercu terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro yang dikuasakan dengan pemproses...

Fahmi Mentor Legend reda diberhentikan

WALAUPUN sedih, bekas peserta Mentor Legend, Fahmi Esmail, 32, reda perkhidmatannya sebagai anak kapal ditamatkan syarikat penerbangan AirAsia, hari ini. Fahmi atau nama sebenarnya Mohd...