700 Bekas Ahli Parti Amanah Sertai UMNO

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

Memahami Kesukaran Zahid

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan menyertai UMNO Labuan dan menyifatkan parti itu sebagai platform yang tepat untuk mereka meneruskan perjuangan politik demi kepentingan orang Melayu.

Kumpulan itu, yang diketuai bekas Ketua Kawasan Amanah Labuan Chemat Mustapha, menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Bahagian UMNO Labuan merangkap Pengerusi BN Labuan Senator Datuk Bashir Alias di sebuah hotel di sini hari ini.

Annuar berkata UMNO mengambil pendekatan mengalu-alukan penyertaan bekas ahli UMNO atau ahli mana-mana parti politik lain ke dalam UMNO.

“UMNO membuka luas pintunya kepada ahli mana-mana parti politik dan bekas ahlinya untuk menyertai atau menyertai semula parti itu namun cabaran kami yang lebih besar ketika ini ialah menyatukan orang Melayu dan komuniti Islam (kesatuan Melayu) tanpa menjejaskan pihak lain kerana perpaduan amat penting demi kestabilan politik di dalam negara.

“UMNO adalah sebuah parti politik yang mewakili kepentingan orang Melayu semata-mata dan bertanggungjawab menjaga keharmonian segenap lapisan masyarakat di negara ini demi kestabilan politik… oleh itu, UMNO membuka pintunya kepada sesiapa sahaja yang berhasrat menyertai parti ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima borang keahlian kumpulan itu hari ini.

Chemat berkata penghijrahan beramai-ramai ke dalam UMNO sudah lama difikir dan dibincangkan ahli jawatankuasa di semua 25 cawangan Amanah Labuan.

“Kami harus berterima kasih kepada Tan Sri Annuar dan Datuk Bashir kerana menerima kami kembali dalam UMNO… kami merasakan UMNO adalah parti yang tepat untuk menyatukan orang Melayu di Labuan manakala moto Demi Bangsa dan Negara akan terus menjadi panduan dalam perjuangan politik kami,” katanya. — Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...

Muafakat Nasional Akan Didaftar Secara Rasmi

KUALA LUMPUR: kepimpinan Muafakat Nasional (MN) kedua-dua parti telah bersetuju untuk medaftar MN secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, kepimpinan...