MB Pahang ucap takziah kepada keluarga DS Johari Harun

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail merakamkan ucapan takziah keluarga Allahyarham YB. Dato’ Sri Johari bin Harun, ​Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang yang merupakan salah seorang daripada 10 mangsa terkorban dalam nahas sebuah pesawat ringan, hari ini.

“Innalillahiwainnalillahirajiun,

“Dengan penuh kesedihan dan dukacita, saya telah dimaklumkan bahawa YB. Dato’ Sri Johari bin Harun, ​Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas sebuah pesawat ringan di kawasan kediaman Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.” Kata Menteri Besar Pahang menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, Negeri Pahang kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak menaburkan khidmat bakti untuk rakyat negeri ini.

Beliau juga menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan imej atau video mangsa ketika kemalangan bagi menghormati keluarga mangsa yang sedang dalam kesedihan.

“Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin. Amin.

“Al-Fatihah.” – SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat