Risda disaran teroka program baru, tingkatkan pendapatan pekebun kecil – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) digesa meneroka program baharu bagi meningkatkan pendapatan golongan pekebun kecil.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah baharu perlu diambil Risda bagi membawa pembaharuan daripada terus bergantung pada sektor getah semata-mata.

“Soalnya apabila harga komoditi ini turun naik ikut permintaan pasaran antarabangsa dan kita hadapi persaingan dengan getah tiruan atau getah sintetik.

“Ini cabaran paling getir yang dihadapi oleh kita semua pihak kerajaan sehingga harga lantai itu dinaikkan dan kenaikan ini pun belum dapat diselesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekebun kecil,” kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu
ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Program Tuisyen Rakyat Risda 2023.

Hadir sama Pengerusi Risda Manndzri Nasib dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Mohd Khair Razman Mohamed.

Pada majlis itu, sebanyak 640 pelajar mengikuti tuisyen bawah KKDW yang mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, diraikan.

Sementara itu, Zahid berkata dengan kepimpinan baharu Risda, beliau mengharapkan agensi berkenaan berubah dan melakukan ‘game changer’ atau pengubah keadaan supaya pekebun kecil mendapat manfaat secara langsung daripada perubahan itu.

Beliau turut memberikan tempoh satu tahun kepada pengurusan tertinggi Risda untuk melihat bukan hanya dari segi keuntungan, tetapi juga keberhasilan kepada golongan pekebun kecil dengan perubahan drastik.

“Saya juga mahu anak-anak syarikat terus memberi sumbangan kepada Risda dan Risda berikan pula sumbangan itu kepada mereka. Tidak mustahil sesuatu yang baharu boleh dilakukan oleh kita. Jangan gunakan pendekatan yang konvensional, pendekatan cara lama…kita mesti berubah.

Namun, teknologi harus diperkenalkan, bukan hanya dalam soal penorehan, tetapi juga soal pemprosesan dan produk-produk termasuk lateks yang mungkin kita tidak perlu import lagi jika kita melakukan satu ‘game changer’, lapor Bernama pada Rabu.

Justeru, Zahid mengarahkan agar Khair Razman mengadakan perbincangan dengan barisan kepimpinan Risda berhubung hala tuju perubahan baharu yang akan direncanakan terhadap agensi berkenaan.

“Kita mesti bekerjasama dengan kementerian lain antaranya Kementerian Perladangan dan Komoditi, dari segi pengeluaran produk secara hiliran yang kebergantungan kita banyak kepada penjualan bahan yang belum diproses.

Getah umpamanya yang belum diproses kita terpaksa mengimport lebih RM6 bilion dari negara jiran sedangkan kita ialah pengeluar getah, katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat