Wanita Rugi RM672,491 Tertipu Iklan Pelaburan Di Media Sosial

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja swasta wanita berusia 42 tahun berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM672,491 lebur selepas terjerat penipuan pelaburan saham yang diiklankan di Facebook selepas menjanjikan pulangan sebanyak RM28,000 setiap bulan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berhubung penipuan pelaburan yang diiklankan melalui Facebook pada pukul 3.15 petang, semalam.

Beliau berkata, wanita warga itu telah ditawarkan suspek yang juga dipercayai warga tempatan untuk membuat pelaburan saham yang akan dilaburkan dalam Bursa Saham.

“Terjerat dengan janji manis suspek, mangsa telah membuat 14 transaksi pemindahan wang ke empat akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM672,491 di antara 30 Mei hingga Selasa lalu. Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis setelah dia tidak menerima pulangan sebanyak RM28,000 setiap bulan seperti yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kempas, di sini semalam.

Kamarul Zaman memberitahu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati terutama apabila berurusan secara atas talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat