KUALA LUMPUR, 17 Jun 2025 – vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar terbaru yang bakal menjadi pilihan ramai – vivo X200 FE. Model ini direka khas untuk mereka yang mahukan telefon yang senang digunakan, selesa dipegang, tetapi tetap menawarkan prestasi tinggi serta kamera berkualiti.
Di kala kebanyakan telefon menjadi semakin besar dan berat, vivo X200 FE tampil dengan saiz lebih sesuai untuk penggunaan harian. Ia menyasarkan pengguna yang mahukan keselesaan, gaya dan fungsi, semuanya dalam satu telefon yang praktikal.
vivo X200 FE hadir dengan skrin sebesar 6.31 inci. Saiz ini memudahkan pengguna mengendalikan telefon dengan sebelah tangan sahaja. Tidak kira ketika berjalan, menaiki pengangkutan awam atau sedang melakukan kerja lain, telefon ini tetap senang diguna.
Walaupun saiznya sederhana, skrin telefon ini masih cukup luas untuk aktiviti harian seperti menonton video, bermain permainan, melayari internet atau membaca mesej.
vivo X200 FE dilengkapi dengan kamera Super Telefoto 50MP yang dibangunkan bersama ZEISS, jenama terkenal dalam bidang optik. Kamera ini menghasilkan gambar yang jelas, tajam dan penuh dengan butiran.
Anda boleh menangkap gambar potret, pemandangan, makanan atau detik istimewa dengan hasil seakan kamera profesional. Fungsi zum juga membolehkan anda merakam gambar dari jauh tanpa menjejaskan kualiti.
vivo X200 FE bukan sekadar telefon yang praktikal, malah ia tampil dengan empat pilihan warna yang moden dan menarik:
- Pink Vibe – Warna berani yang sesuai untuk mereka yang suka tampil menonjol
- Yellow Glow – Warna ceria yang menceriakan hari anda
- Blue Breeze – Warna tenang dan sesuai untuk gaya santai
- Black Luxe – Warna hitam klasik yang menampilkan gaya elegan dan profesional
Dengan pelbagai pilihan ini, pengguna boleh memilih telefon yang mencerminkan gaya dan personaliti masing-masing.
Walaupun telefon ini bersaiz sederhana, prestasinya tidak mengecewakan. Ia boleh menjalankan pelbagai aplikasi dengan lancar, sama ada untuk hiburan, kerja atau komunikasi.
Bateri telefon ini juga tahan lama, membolehkan anda menggunakannya seharian tanpa perlu kerap mengecas. Ini amat berguna untuk pengguna yang aktif dan sering bergerak.
vivo Malaysia turut mengadakan beberapa sesi pratonton eksklusif untuk orang ramai mencuba sendiri vivo X200 FE sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Anda boleh datang ke lokasi terpilih, melihat, mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan telefon ini.
Butiran lokasi dan tarikh:
21 Jun 2025 – vivo Mid Valley Southkey
27 Jun 2025 – vivo Setia City Mall
29 Jun 2025 – vivo Gurney Plaza
Setiap sesi bermula pada jam 3:00 petang. Pengunjung yang hadir akan menerima cenderamata eksklusif serta jamuan ringan. Bagi 10 pengunjung terawal di setiap lokasi, mereka turut berpeluang menyertai bengkel minyak wangi secara percuma, bernilai RM150. Tempat adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
vivo X200 FE merupakan pilihan terbaik untuk pengguna yang mahukan telefon yang ringan, mudah diguna dan selesa digenggam, tetapi tetap mahukan prestasi yang baik dan kamera berkualiti tinggi.
Telefon ini sesuai untuk semua golongan – pelajar, golongan muda, pekerja, dan juga ibu bapa yang mahukan peranti ringkas tetapi lengkap dengan semua ciri penting.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai vivo X200 FE dan acara pelancarannya, sila lawati laman rasmi vivo Malaysia atau ikuti mereka di media sosial:
Laman Web: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia