Bekas Presiden MIC G Palanivel meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, jam 8 pagi tadi.

Berita pemergian Palanivel, 76, yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu disahkan oleh Naib Presiden MIC, T Murugiah.

Palanivel menyertai MIC sebagai ahli biasa pada 1968 dan mula bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1990.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 dan kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sebelum tewas pada 2008.

Palanivel kembali ke Parlimen pada 2013 sebagai wakil rakyat bagi kawasan Cameron Highlands.

Beliau mengambil alih kepimpinan MIC apabila presiden yang lama berkhidmat, Tun S Samy Vellu, meletakkan jawatan pada 2010.

Dilahirkan pada 1 Mac 1949 di Pulau Pinang, Palanivel memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyelidik di Muzium Negara menerusi Projek Lembah Bujang pada 1973 sebelum menyertai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai wartawan kanan pada April 1977, lapor BH pada Selasa.

Pada 1984, beliau dilantik sebagai penyunting bagi berita dalam negeri dan ekonomi agensi berita itu sebelum dipinjamkan sebagai setiausaha akhbar kepada Samy Vellu selaku Menteri Kerja Raya antara 1987 hingga 1990.

Jawatan Kerajaan:

1995–1999: Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Kesatuan

1999–2004: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

2004–2008: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2008–2011: Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

2011–2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2013–2015: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat