PRK Chini: Hamzah Terkhilaf, BN Tidak Wakili PN

- Advertisement -

KENYATAAN media Setiausaha Agung parti Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Chini yang akan datang, disambut baik banyak pihak, termasuk UMNO dan Barisan Nasional sendiri.

Bagaimanapun, alasan konon keputusan itu untuk memberi peluang kepada BN ”mewakili Perikatan Nasional (PN)” yang disebutkan dalam kenyataan media tersebut, sedikit mengelirukan dan mungkin menambah salah faham.

Sebagai Menteri Dalam Negeri dimana Pendaftar Pertubuhan berada di bawah bidang kuasa beliau, Hamzah sudah tentu tahu bahawa PN belum lagi didaftarkan dan tidak layak untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya di negara ini.

PN setakat yang diketahui hanyalah wadah persefahaman sementara antara ahli-ahli parlimen dari parti-parti politik tertentu untuk membentuk kerajaan persekutuan berikutan kekosongan yang ditinggalkan kerajaan lama Pakatan tumbang setelah Perdana Menteri mereka meletakkan jawatan 24 Februari yang lepas.

Setakat itu sahajalah PN ini, dari segi politiknya, tidak ada apa-apa yang berubah.

Lagipun bukan rahsia bahawa Chini adalah kubu kuat UMNO/BN sejak 11 penggal yang lepas, terbaru melihat kepada majoriti yang diperoleh Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun dalam PRU14, iaitu sebanyak 7,675 undi.

Kejayaan ini – yang diperolehi ketika UMNO/BN melalui zaman paling gelapnya dalam sejarah politik negara, adalah hasil gerak kerja jentera parti yang sangat mantap di kawasan tersebut sejak zaman berzaman. Bukan mudah untuk mana-mana parti politik, apatah lagi yang masih baru dan sedang berpecah belah pulak lagi, untuk menyaingi gerak kerja UMNO/BN di sini. Silap-silap boleh hilang wang deposit kalau tak kena cara.

Itu belum lagi disebutkan bahawa Ahli Parlimen kawasan itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak – tak perlulah diterang dengan panjang lebar siapa beliau dan apa impak yang beliau mampu lakukan terhadap parti lawan yang mencuba-cuba nasib dalam PRK tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat