Umno Sabah Miliki Autonomi, Rundingan PRN Bukan Ditentukan Pusat Semata-mata -Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa keputusan berkaitan kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukanlah hak eksklusif pimpinan pusat, sebaliknya turut melibatkan kepimpinan tempatan.

Memetik laporan Sinar Harian, Zahid berkata UMNO Sabah diberikan autonomi untuk berbincang dan merancang kerjasama politik menjelang PRN akan datang.

“Kami berbincang sesama sendiri, jadi semua pihak perlu saling bekerjasama,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan jentera UMNO Sabah bagi Parlimen Sepanggar, di Kota Kinabalu.

Mengulas kemungkinan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Zahid memaklumkan bahawa rundingan telah berlangsung dalam beberapa siri, namun belum mencapai kata putus.

“Bukan saya seorang yang buat keputusan, ia hasil perbincangan pimpinan parti,” ujarnya lagi.

Dalam kenyataan berasingan, beliau turut memberi peringatan kepada mana-mana parti agar tidak terlalu angkuh untuk menolak kerjasama politik semata-mata ingin bergerak solo.

“Sekarang ini bukan masa untuk bersendiri. Realitinya, tiada parti yang mampu membentuk kerajaan secara dominan. Trend ini bukan hanya di Malaysia, tapi juga di peringkat global,” kata Zahid.

Sebelum ini, GRS menyatakan kesediaan bertanding secara bersendirian sekiranya gabungan PH-BN terus bekerjasama dalam PRN Sabah.

Namun begitu, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa pihaknya sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama — dan peluang itu masih ada selagi Dewan Undangan Negeri Sabah belum dibubarkan.

“UMNO dan BN bersikap terbuka untuk bekerjasama. Ruang perbincangan itu masih terbuka sehingga hari penamaan calon nanti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat