Suspek berparang ahli JI sudah buat persediaan awal, lebih 20 ahli JI berada di Johor -KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di Johor Bahru didapati sudah membuat persediaan awal untuk serangan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang terdahulu memaklumkan suspek dipercayai ahli Jemayaah Islamiyah (JI)), berkata lebih 20 ahli JI dikenal pasti berada di Johor.

Pada sidang media di lokasi kejadian, beliau juga memaklumkan, semakan polis mendapati lelaki berusia 21 tahun itu tiada rekod jenayah.

Sementara itu, katanya, polis turut menahan dua pengadu dalam kes terbabit bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

Mengenai anggota polis yang cedera ditembak, beliau berkata, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, Razarudin memaklumkan, polis menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan.

Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek berusia antara 15 tahun hingga 62 tahun, yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam serangan jam 2.54 pagi itu, dua anggota polis dilaporkan terbunuh, manakala seorang lagi cedera, manakala suspek yang bertopeng, berpakaian gelap dan bersenjatakan parang ketika menceroboh masuk balai polis berkenaan, ditembak mati di lokasi.

Dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital sama.

Difahamkan, suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.

Dia kemudian melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang menyebabkan kecederaan pada bahu serta perut dan seorang lagi anggota ditetak pada belakang leher dan kepala.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat