Mid Valley Terbakar Berpunca Pencawang TNB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berlaku Kebakaran di kompleks beli-belah Mid Valley Megamall, dekat Bangsar, pagi ini dengan kepulan asap hitam yang menjulang dapat dilihat beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Video kebakaran itu turut dikongsi beberapa pengguna media sosial.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan kejadian dan kerja memadam kebakaran sedang berjalan.

Menurut jurucakap itu, kebakaran berlaku di pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kompleks itu.

VIDEO: https://vt.tiktok.com/ZSLJCRtpV/?t=1

Sementara itu, Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley KL dalam kenyataan menyatakan semua tayangan di pawagam itu ditangguhkan sementara ekoran kejadian kebakaran itu.

Walaupun pawagam berkenaan tidak terbabit secara langsung dengan kebakaran, GSC bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pengurusan kompleks untuk memastikan keselamatan orang ramai.

“Kami akan memberikan pulangan terhadap semua tiket yang sudah dibeli. Jika anda beli tiket secara dalam talian, anda akan diberi pulangan secara automatik.

“Bagi tiket dibeli di kaunter, sila simpan tiket dan dapatkan pulangan secara manual dalam tempoh tujuh hari.

“Kami kesal dengan sebarang kesulitan. Keselamatan orang ramai adalah keutamaan kami,” kata kenyataan itu lapor BH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat