Lihat Positif DAP Masuk Dewan Merdeka -Noraini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Umno Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menolak andaian kononnya ramai ahli Umno akan keluar daripada parti itu kerana pemimpin DAP masuk ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, Ahad lepas.

Sebaliknya Noraini menegaskan kemasukan pemimpin DAP ke dewan itu perlu dilihat secara positif khususnya dalam konteks pembentukan Kerajaan Perpaduan yang kini mengemudi negara.

“Insyaallah tiada (ahli Umnl keluar parti). Kita kena gunakan kekuatan parti masing-masing. Macam Umno, ada kekuatan sendiri, Pakatan Harapan (PH) ada kekuatan sendiri.

“GPS (Gabungan Parti Sarawak) ada kekuatan sendiri, GRS (Gabungan Rakyat Sabah) pun ada. Kita jangan tengok yang negatif, kita tengok yang positif,” katanya lapor Bernama, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan lebih ramai ahli Umno akan menolak parti itu selepas Dewan Merdeka dimasuki pemimpin DAP.

Dewan Merdeka dianggap sebagai lokasi istimewa bagi ahli Umno yang juga merupakan tempat berlangsungnya perhimpunan agung parti itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat