6,034 guru COS ditempatkan di sekolah KPM seluruh negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan seramai 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara bermula Isnin, 15 April lalu.

KPM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, seramai 1,858 calon daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS ditempatkan di sekolah menengah manakala seramai 4,176 lagi di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen / mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” katanya.

KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.
Pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat