Sivakumar Baru Dipanggil Bagi Keterangan, Bukan Didakwa Lagi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya tidak timbul sebarang telahan terhadap siasatan yang sedang berjalan berkait isu rasuah membabitkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Perdana Menteri menegaskan, Sivakumar baru dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan sudah didakwa di mahkamah.

“Ini baru siasatan, belum ada pertuduhan (di mahkamah). Kalau umpamanya siasatan kepada saya selaku Perdana Menteri, yang diminta adalah bagi penjelasan. Ini kena dibezakan, siasatan itu dalam proses, ia serah kepada SPRM.

“Kalau ada pendakwaan itu soal lain. Saya tak boleh buat telahan awal. Dalam kes khusus Sivakumar ini, kita tak wajar beri apa-apa telahan, selain daripada kenyataan bahawa beliau dipanggil memberikan jawapan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh SPRM,” katanya lapor BH.

Beliau ditemui media selepas Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Isnin.

Terdahulu, beliau ditanya sama ada Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah itu perlu bercuti atau berehat sementara ekoran siasatan yang dikenakan terhadapnya.

Anwar berkata, kerajaan pimpinannya tegas dengan prinsip dalam soal tatakelola dan banteras rasuah, tanpa mengira latar belakang dan parti politik individu yang disiasat atau didakwa itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat