Ganti LGBT kepada budaya songsang: Bahasa sepatutnya jadi alat pendamai bukan menghina – Lian Ker

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mengingatkan peradaban bukan diukur daripada sekuat mana kita menghukum orang dengan kata-kata, tetapi sehalus mana kita memilih bahasa.

Tegas Lian Ker, perkara kelima dalam Rukun Negara ialah Kesopanan dan Kesusilaan yakni membawa maksud beradab bukan biadab.

“Baru-baru ini seorang menteri mencadangkan supaya masyarakat mengelakkan penggunaan istilah “LGBT” dan menggantikannya dengan istilah “budaya songsang.”

“Cadangan ini sebenarnya membuka satu persoalan yang lebih besar: kuasa bahasa.

“Bahasa bukan sekadar perkataan. Bahasa membentuk persepsi, emosi dan sikap masyarakat.

“Sebab itu dalam masyarakat yang beradab, kita diajar memilih kata dengan berhati-hati.

“Kita bezakan antara: “anak haram” dan anak luar nikah.-Yang pertama menghina seorang anak. Yang kedua hanya menerangkan keadaan kelahiran anak,” jelas Lian Ker.

Menurut beliau lagi, masyarakat Madani tidak menghukum seorang bayi semata-mata kesalahan yang dewasa.

“Jangan labelkan, mendosakan dan menghina anak yang tidak berdosa…

“Begitu juga dalam banyak isu lain bahasa boleh menjadi alat pendamai, penerangan, atau alat penghinaan.

“Pilihlah beradab bukan biadab.

“Peradaban bukan diukur dari sekuat mana kita menghukum orang dengan kata-kata, tetapi sehalus mana kita memilih bahasa.

“Itulah makna sebenar prinsip “Kesopanan dan Kesusilaan” dalam Rukun Negara Malaysia,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli sebelum ini dilaporkan berkata, masyarakat disaran menggunakan istilah ‘budaya songsang’ bagi menggantikan rujukan terhadap komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) bagi mengelak normalisasi serta mengekang peluasan algoritma kandungan berkenaan di platform media sosial.

Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memastikan penggunaan istilah yang selaras dalam pengucapan dan penulisan, sekali gus mengelakkan budaya itu dipromosikan secara tidak langsung.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat